kewajipan pemuda islam part 3


(ﺐ) Kewajipan kedua

Kewajipan terhadap diri sendiri.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud ;
“Dan jiwa serta penyempurnaanya(ciptaanya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang mengotorinya.”-(surah as Syams : 7-9)

Allah S.W.T mengaitkan kejayaan dengan pembersihan jiwa, manakala meninggalkannya akan menjadikan seseorang itu rugi dari mengecapi rahmat serta kasih sayang dari Allah.

Oleh yang demikian, ketahuilah bahawasanya musuh yang paling hampir dengan kita adalah DIRI kita sendiri, dan sesungguhnya telah diciptakan sifat amarah itu dengan kejahatan, kecenderungannya kearah keburukan, jauh dari kebaikan, dan kita diperintahkan untuk sentiasa membersihkannya, dan memandunya kearah beribadat kepada Tuhanya dan Penciptanya, serta menghalangnya dari syahwat dan memutuskannya dari kelazatan duniawi. Jika pekara ini dipraktikkan nescaya akan terselamatlah kita dari keburukan serta kejahatannya, adapun jika sebaliknya maka, tergolonglah kita dalam kalangan jiwa-jiwa yang dicela Allah, dan kita mengharapkan agar kita digolongkan bersama jiwa-jiwa orang yang tenang kelak.


Sifat semulajadi manusia.

Sesungguhnya daripada tabiat manusia itu adalah suka menunjuk, mencari kemasyhuran, takbur, membesarkan diri, riak, menipudaya, cintakan dunia dan takut akan mati, tamak, bakhil, sukakan syahwat, haloba, hasad dengki, dan pekara-pekara yang seumpamanya, dan inilah yang dinamakan sebagai ‘PENYAKIT HATI’. Oleh yang demikian, Allah S.W.T menuntut kita supaya bersungguh-sungguh memeranginya sepertimana dalam firmaNya yang bermaksud ;
“dan adapun orang-orang yang takut pada kebesaran Allah itu akan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurga lah tempat tinggalnya” -(surah An-naazi’aat : 40,41)

Firman Allah lagi :
“dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik. ” –(surah Al-ankabut : 69)

Perihal para sahabat serta salaf as-soleh terhadap diri-diri mereka.

Adapun para sahabat, salaf as-soleh serta para ulama’ menyuarakan tentang pemulihan(pembaik pulih) hati umat ini agar menjadikan jihad yang berterusan dalam memelihara jiwa mereka.

Berkata Suffian bin As Thauri: “Tidak ada yang lebih berat selain dari merawat nafsuku sendiri, kadang kala aku berjaya mengatasinya , dan kadang kala aku ditewaskannya.”

Dan adapun, Abu Abbas Al Musolliy berkata pada dirinya:
“Wahai diriku, dunia ini bukanlah tempat untuk berseronok, dan tidak ada pada menuntut akhirat itu melainkan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah Ta’ala. Seperti aku bagi kamu antara syurga dan neraka,
berkurunglah kamu wahai diriku, tidakkah kamu malu?!”

Dan telah berkata seorang lelaki kepada Umar bin Abdul Aziz: “Bilakah kamu akan berkata-kata? Bila aku bersyahwat(riak) nescaya aku akan diam. Dan bilakah kamu akan diam? Bila aku bersyahwat(riak) ketika berkata-kata.”

Dan adapun Malik bin Dinar berjalan-jalan di pasar, apabila dia terlihat akan sesuatu yang menaikan syahwatnya, lantas dia pun berkata pada dirinya: “Bersabarlah wahai diriku, maka demi Allah tidak aku melarang kamu sebaliknya memuliakan kamu atas sesuatu.”

Berkata seorang ulama’: “Nafsu seumpama raja jika kamu menurutinya, maka dia akan menguasai kamu jika kamu menurutinya.”

Dari sudut kacamata Imam Ibnu Jauziy, beliau menyifatkan penawar bagi nafsu itu ada lima perkara: Membaca Al Quran dan menghayati setiap pembacaan, tidak menzahirkan perilaku buruk, melaksanakan qiamullail, rayuan dan rintihan (pada Allah) yang memikat, dan berdampingan dengan orang-orang soleh.”

Mengubati nafsu adalah sesuatu yang sangat sukar, mestilah dengan kesabaran yang sangat tinggi kerana berhadapan dengan nafsu syahwat bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi mengubatinya, kerana penyakit badan akan sembuh apabila kita mati, adapun penyakit hati berkekalan selepas mati dan akan berterusan memberi kesan sehingga hari qiamat(dibalas dengan azab Allah).

Oleh yang demikian, antara cara mengikis penyakit ini adalah dengan sentiasa mengingati hari qiamat dan beramal untuk persediaan menghadapinya, contohnya dengan melakukan amalan-amalan seperti qiamullail, membaca al Quran, mengingati mati dan seumpamanya dari perkara-pekara yang membawa kepada ketaatan dan taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta’ala dan mestilah amalan tersebut memberi kesan kepada jiwa pelakunya. Hal ini demikian, dengan mengingati hari kiamat akan menimbulkan perasaan gentar dan takut akan pembalasan dari Allah atas dosa-dosa di dunia pada hari akhirat kelak, dan pada ketakutan ini akan memudahkan seseorang itu merawat sebarang jenis penyakit hati yang timbul kerana dia mengetahui akan kemudharatan yang timbul dengan adanya penyakit hati tersebut jika tidak di rawati.

Adapun jalan untuk mengetahui penyakit hati itu sangatlah mudah bagi siapa yang mahu dan berazam untuk merawatinya, antaranya adalah dengan cara berdampingan dan bersahabat dengan orang-orang yang soleh, kerana seseorang yang baik sentiasa menjaga dan memberi peringatan kepada saudaranya akan kesalahannya.

Mari kita hayati sajak ini, petikan dari syair arab:

jika tidak kembali dirimu
dari jalan kebenaran, maka tegahilah ia,
jika cenderung dirimu kepada dunia
berbanding akhirat, maka halangilah ia,
dia memperdaya kita dan kita memperdayainya,
dan dengan kesabaran kita menewaskannya,
baginya ketakutan kepada kefakiran,
dan pada kefakiran itulah kita mengkhianatinya.


Demikianlah perihal cara-cara mengawal diri dari cenderung ke arah keburukan. Semoga dapat kita mempraktikkannya dalam menghadapi ujian nafsu ini.

Sebagai pengakhiran, saya (Dr Majdi Hilal) mengingatkan diriku serta kamu semua bahawasanya ‘penyakit’ ini amatlah jelas sekali boleh menjauhkan kita dari Allah Azzawajalla sepertimana yang digambarkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” –(surah al-Hasyru : 19)-

Maka marilah sama-sama kita mohon pertolongan dari Allah S.W.T supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam keadaan sedemikian, banyakkanlah berzikir dan berdoa serta takutilah pembalasan akhirat bahana dari ‘penyakit’ hati ini. Kita mohon kepada Allah semoga di jauhkan dari ‘kebodohan’ serta berdampingan dengan orang-orang yang bodoh dan mereka yang mempunyai ‘penyakit hati’ ini, kerana khuwatir akan tergolong bersama mereka ke dalam neraka Allah kelak. Nauzubillah.
Wallahu a3lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kewajipan pemuda part 5

kewajipan pemuda islam - part 2