Jumaat, 23 Julai 2010

kewajipan pemuda part 5


Kewajipan keempat : terhadap pelajaran.

Telah kita ketahui bahawasanya Islam tidak membezakan di antara ilmu dunia dan ilmu agama, bahkan menuntut dari keduanya, menghimpunkanya menjadi ilmu yang satu, menggalakkan mempelajari kedua-duanya dan menjadi seorang yang ‘alim’ pada kedua ilmu tersebut atas dasar patuh dan sebagai cara mengenali Allah SWT. Sesungguhnya, yang demikian telah dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Tidakkah kamu lihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit, lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”
“ Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama’(yang mengetahui kebesaran Allah). Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha pengampun.” (surah Al fatir:27-28)
Sesungguhnya Islam menggalakkan penganutnya supaya masuk kedalam seluruh lapangan kehidupan, kerana keperluan terhadap seluruh lapangan ini merupakan satu kemestian bagi generasi Islam masakini.

Keperluan muslim masakini terhadap ilmu :
Adapun hari ini merupakan zaman yang mana menuntut kita supaya menceburi semua bidang ilmu. Manusia hari ini berlumba-lumba dalam mencipta serta mendedahkan penemuan terbaru, tetapi di manakah muslimin dalam perlumbaan ini?!
Kita digambarkan sebagai ekor bagi negara-negara timur dan barat yang mana kita terlalu bergangtung kepada mereka dari sebatang jarum hinggalah ke sebijik peluru berpandu, kita telah dilabelkan sebagai negara kelompok ketiga ataupun sebagai negara yang mundur. Semua ini berlaku kerana kita meninggalkan ilmu duniawi dan tidak cuba untuk menuruti jalan para cendekiawan terdahulu seperti Ibnu Rushdi, Ibnu Nafis, Khawarizmi, Ibnu Al-Haitham dan selain mereka dari ‘rijal2’ yang gah namanya di dalam lembaran sejarah dunia.
Agama Islam sepertimana mengutamakan kewujudan fakih yang muslim, turut mementingkan kewujudan doktor yang muslim, jurutera yang muslim, serta pekerja-pekerja yang muslim, bahkan jika sekiranya di suatu tempat muslimin memerlukan kepada seorang doktor contohnya, dan tidak di dapati di sana walaupun seorang doktor, maka pada waktu tersebut berdosa sekalian muslimin di kawasan tersebut.
Maka, berada di dalam medan ilmu ini adalah fardhu kifayah bagi umat islam, dan fardhu kifayah ini akan menjadi fardhu ain bagi mereka yang telah dikhususkan di dalam satu-satu bidang.
Berkata ibnu Jauzi r.a ”Selayaknya bagi orang yang mempunyai akal (orang yang bijaksana) untuk dia sampai kepada penghujung matlamatnya dengan segala kemampuan yang dia ada,
kalaulah dapat digambarkan anak-anak adam dapat duduk dilangit,
nescaya engkau akan melihat daripada seburuk2 kekurangan yang redhanya ketika dia di bumi.
Sekiranya kenabian itu dapat dihasilkan dengan usaha,
nesaya engkau akan melihat orang-orang yang rendah martabatnya juga akan berusaha untuk menghasilkannya (menjadi nabi)”

Maka marilah wahai saudaraku, kita kembalikan keagungan ulama-ulama terdahulu, dan berjuang untuk mengecapi peringkat yang tertinggi dalam bidang keilmuan.
Ingin aku (pengarang) berpesan kepada diriku serta kamu wahai saudaraku, sesungguhnya kita, jika kita ikhlaskan niat kerana Allah Ta’ala dan menjadikan tujuan kita menuntut adalah untuk berjaya kerana untuk berkhidmat untuk muslimin, maka Allah akan menulis untuk kita ganjaran sepertimana yang Dia kehendaki, yang demikian adalah seperti mereka yang duduk bertasbih atau bertahlil atau bertakbir membesarkan Allah, sepertimana yang di ceritakan ulama’ kepada kita.
Maka, berapa ramaikah pada hari ini yang mengajarkan ilmu agama kerana dunia? Dan berapa ramaikah pula yang mengajarkan ilmu dunia kerana agama?, dan sesungguhnya kedua-duanya martabat tersebut adalah tidak sama.

Nasihat pengarang :
Ke atas kamu wahai saudaraku sekalian, untuk menangkis dakwaan barat bahawasanya umat islam itu ketinggalan dengan cara menitik beratkan pelajaran duniawi dan agama secara seiringan.
Bayangkan jika semua umat islam hari ini meninggalkan pelajaran dan tidak ada seorang pun dari kita umat islam yang menjadi doktor atau guru atau jurutera atau profesion-profesion yang lain, maka siapakah yang akan merawat isteri serta anak-anak kita ketika mereka sakit kelak ? contohnya, dan siapakah yang akan mengajar anak-anak kita disekolah kelak ?. Adakah muslim yang sesat dari Allah yang tidak tahu halal haram, ataukah orang bukan islam ?!
Sesungguhnya diutuskan Rasulullah S.A.W itu untuk menyempurnakan dakwah dan menyampaikan ilmu kepada seluruh sahabat baginda, dan tidaklah di tuntut daripada para sahabat itu untuk menyebarkan dakwah semata-mata tanpa menyebarkan ilmu, dan tidaklah pula untuk menyebarkan ilmu semata-mata tanpa menyebarkan dakwah pula, bahkan meninggalkan keduanya adalah menyongsang daripada apa yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Maka marilah wahai saudaraku sekalian kita perbaiki dunia dengan AGAMA, dan tiadalah agama yang hak melainkan ISLAM, dan tiadalah islam melainkan dengan tidak menceraikannya dari semua aspek kehidupan.
Dan ketahuilah bahawasanya inilah kewajipan yang keempat. Wallahua3lam.