Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

kewajipan pemuda part 5

Imej
Kewajipan keempat : terhadap pelajaran. Telah kita ketahui bahawasanya Islam tidak membezakan di antara ilmu dunia dan ilmu agama, bahkan menuntut dari keduanya, menghimpunkanya menjadi ilmu yang satu, menggalakkan mempelajari kedua-duanya dan menjadi seorang yang ‘alim’ pada kedua ilmu tersebut atas dasar patuh dan sebagai cara mengenali Allah SWT. Sesungguhnya, yang demikian telah dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu lihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit, lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” “ Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama’(yang mengetahui kebesaran Allah). Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi ma

kewajipan pemuda islam part 4

Imej
(3) Kewajipan ketiga : kepada aqal. Sepertimana bahawasanya pemuda muslimin itu dituntut supaya bertaqarrub (mendekati) Allah dan bersungguh pada dirinya dalam mendekati Allah, begitu jugalah dia dituntut supaya mementingkan aqal fikirannya, menghidangkannya dengan pekara yang bermanfaat dan berfaedah. Dari Abi Amamah al-Bahiliy -radhiallahu anhu- berkata : bersabda Rasulullah S.A.W. : kelebihan si alim atas sekalian hamba seperti kelebihan aku atas serendah-rendah orang dalam kalangan kamu, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : sesungguhnya Allah dan malaikatNya serta seluruh penduduk langit dan bumi hatta seekor semut di atas batu dan hatta ikan di lautan akan mendoakan kebaikan buat orang yang alim. Dan dari Muaz berkata : pelajarilah ilmu sesungguhnya dengan mempelajarinya kerana Allah adalah satu kebaikan, manakala mencarinya adalah satu ibadat, mengingatinya adalah tasbih, membahaskan tentangnya adalah satu jihad, dan mengajarkannya kepada siapa yang tidak mengetahuinya a

kewajipan pemuda islam part 3

Imej
(ﺐ) Kewajipan kedua Kewajipan terhadap diri sendiri. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud ; “Dan jiwa serta penyempurnaanya(ciptaanya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang mengotorinya.”-(surah as Syams : 7-9) Allah S.W.T mengaitkan kejayaan dengan pembersihan jiwa, manakala meninggalkannya akan menjadikan seseorang itu rugi dari mengecapi rahmat serta kasih sayang dari Allah. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawasanya musuh yang paling hampir dengan kita adalah DIRI kita sendiri, dan sesungguhnya telah diciptakan sifat amarah itu dengan kejahatan, kecenderungannya kearah keburukan, jauh dari kebaikan, dan kita diperintahkan untuk sentiasa membersihkannya, dan memandunya kearah beribadat kepada Tuhanya dan Penciptanya, serta menghalangnya dari syahwat dan memutuskannya dari kelazatan duniawi. Jika pekara ini dipraktikkan nescaya akan terselamatla