Catatan

kewajipan pemuda part 5

Imej
Kewajipan keempat : terhadap pelajaran. Telah kita ketahui bahawasanya Islam tidak membezakan di antara ilmu dunia dan ilmu agama, bahkan menuntut dari keduanya, menghimpunkanya menjadi ilmu yang satu, menggalakkan mempelajari kedua-duanya dan menjadi seorang yang ‘alim’ pada kedua ilmu tersebut atas dasar patuh dan sebagai cara mengenali Allah SWT. Sesungguhnya, yang demikian telah dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu lihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit, lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” “ Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama’(yang mengetahui kebesaran Allah). Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi ma

kewajipan pemuda islam part 4

Imej
(3) Kewajipan ketiga : kepada aqal. Sepertimana bahawasanya pemuda muslimin itu dituntut supaya bertaqarrub (mendekati) Allah dan bersungguh pada dirinya dalam mendekati Allah, begitu jugalah dia dituntut supaya mementingkan aqal fikirannya, menghidangkannya dengan pekara yang bermanfaat dan berfaedah. Dari Abi Amamah al-Bahiliy -radhiallahu anhu- berkata : bersabda Rasulullah S.A.W. : kelebihan si alim atas sekalian hamba seperti kelebihan aku atas serendah-rendah orang dalam kalangan kamu, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : sesungguhnya Allah dan malaikatNya serta seluruh penduduk langit dan bumi hatta seekor semut di atas batu dan hatta ikan di lautan akan mendoakan kebaikan buat orang yang alim. Dan dari Muaz berkata : pelajarilah ilmu sesungguhnya dengan mempelajarinya kerana Allah adalah satu kebaikan, manakala mencarinya adalah satu ibadat, mengingatinya adalah tasbih, membahaskan tentangnya adalah satu jihad, dan mengajarkannya kepada siapa yang tidak mengetahuinya a

kewajipan pemuda islam part 3

Imej
(ﺐ) Kewajipan kedua Kewajipan terhadap diri sendiri. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud ; “Dan jiwa serta penyempurnaanya(ciptaanya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang mengotorinya.”-(surah as Syams : 7-9) Allah S.W.T mengaitkan kejayaan dengan pembersihan jiwa, manakala meninggalkannya akan menjadikan seseorang itu rugi dari mengecapi rahmat serta kasih sayang dari Allah. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawasanya musuh yang paling hampir dengan kita adalah DIRI kita sendiri, dan sesungguhnya telah diciptakan sifat amarah itu dengan kejahatan, kecenderungannya kearah keburukan, jauh dari kebaikan, dan kita diperintahkan untuk sentiasa membersihkannya, dan memandunya kearah beribadat kepada Tuhanya dan Penciptanya, serta menghalangnya dari syahwat dan memutuskannya dari kelazatan duniawi. Jika pekara ini dipraktikkan nescaya akan terselamatla

kewajipan pemuda islam - part 2

Imej
bismillahirrahmanirrahim.. (ﺃ ) Kewajipan yang pertama Kewajipan kepada Allah Azzawajalla. Mafhum dari sebuah hadis qudsi yang difirmankan Allah sw.t. “siapa yang memusuhi ku dan hambaku , maka ku izinkan kamu memeranginya, dan apa yang mendekatkan hambaku kepadaku adalah dia menyukai apa yang ku fardhukan atasnya, dan dia juga tidak meninggalkan amalan2 sunat yang membawa kepada mendekatiku, sehinggalah Aku menyukai akan nya. Dan apabila Aku menyukainya sesungguhnya aku jadikan dia tidak mendengar selain dari peringatanku, dan tidak melihat selain dari keajaiban ciptaanku, dan tidak menghulurkan tangannya kecuali pada apa yang kuredhai, dan kakinya juga demikian. Dan jika dia memohon sesuatu dariku akan ku berikan padanya, dan jika dia minta berlindung dariku aku akan lindungi dia.” Maka had yang paling rendah yang dituntut ke atas setiap muslim adalah menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan…. Adapun bagi siapa yang ingin bertaqarrub kepada Allah maka baginya selepas menunaikan ke

KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM..

Imej
Bismillah walhamdulillah..wassolatu wassalamu 3la rasulillah..salallahu alaihi wassalam.. amma ba' Bersyukur kehadrat ilahi tuhan sekian alam..selawat dan salam atas junjungan nabi MUHAMMAD S.A.W.....Bercerita perihal penindasan keatas umat muslimin akhir2 ini, sy terpanggil utk mencoretkn perihal tindakan kita selaku saudara seagama yg mna saudara semuslim kita teranaiya di bumi berkat PALESTIN...Tidak cukup Palestine kini israel laknatullah alaihim mula menukar serangan kearah jiran mereka yg seterusnya..LEBANON..apakah akan ada negara islam yang seterusnya akan dihancurkan mereka..??? Apakah kita selaku pemuda hanya membiarkan diri terus hanyut dibuai kenikmatan dunia yg sememangnya bukan dijadikan untuk kita bersenang-lenang...?? Justeru WAHAI PEMUDA-PEMUDA YANG GAGAH PERKASA...BANGKITLAH KALIAN DARI LENA YG PANJANG...APAKAH JAWAPAN KALIAN TIKA BERHADAPAN SANG PENCIPTA KELAK...DIKALA DIAJUKAN SOALAN "APAKAH SUMBANGAN KALIAN TERHADAP ISLAM?..APAKAH TIN