kewajipan pemuda islam - part 2


bismillahirrahmanirrahim..

(ﺃ ) Kewajipan yang pertama

Kewajipan kepada Allah Azzawajalla.

Mafhum dari sebuah hadis qudsi yang difirmankan Allah sw.t.

“siapa yang memusuhi ku dan hambaku , maka ku izinkan kamu memeranginya, dan apa yang mendekatkan hambaku kepadaku adalah dia menyukai apa yang ku fardhukan atasnya, dan dia juga tidak meninggalkan amalan2 sunat yang membawa kepada mendekatiku, sehinggalah Aku menyukai akan nya. Dan apabila Aku menyukainya sesungguhnya aku jadikan dia tidak mendengar selain dari peringatanku, dan tidak melihat selain dari keajaiban ciptaanku, dan tidak menghulurkan tangannya kecuali pada apa yang kuredhai, dan kakinya juga demikian. Dan jika dia memohon sesuatu dariku akan ku berikan padanya, dan jika dia minta berlindung dariku aku akan lindungi dia.”


Maka had yang paling rendah yang dituntut ke atas setiap muslim adalah menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan…. Adapun bagi siapa yang ingin bertaqarrub kepada Allah maka baginya selepas menunaikan kewajipan dengan sebaiknya hendaklah menyusulinya dengan amalan2 sunat, dan bersungguh-sungguh pada dirinya dalam melaksanakan amalan tersebut, sehinggalah mencapai kenikmatan disebalik bertaqarrub kepada Allah dan menyukaiNya… dan diulang2 selalu sepertimana kalam Nabi Musa kepada Allah :
{…dan aku bersegera datang kepadamu wahai Tuhanku supaya Engkau redha akan diriku.} ¹ ..

Maka bagi kita semua, wahai saudaraku sentiasalah kita ‘mengetuk’ pintu keredhaan Allah sepertimana kata Ibnu Mas’ud ;
“siapa yang selalu ‘mengetuk’ pintu keredhaan Allah, akan jadi dibukakan baginya pintu tersebut”

Dan sesungguhnya daripada doa2 Saidina Daud Alaihisalam ;
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kasih sayangmu, dan mencintai siapa yang cinta akan Kamu, dan amalan yang membawaku cinta akan Kamu, wahai Tuhanku jadikanlah cintaMu, cinta akan daku, daripada diriku, juga hartaku, dan dari air yang sejuk.”




Kemanisan bertaqarrub kepada Allah,

Dan sesungguhnya mahabah Allah Azzawajalla dan sentiasa bertaqarrub padaNya adalah objektif yang mana tidak ada selepasnya objektif yang mahu dicapai,maka berjayalah bagi mereka yang merasainya dengan kenikmatan dunia dan akhirat.



Dan berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah “sesungguhnya di dunia ada satu syurga, siapa yang tidak memasukinya nescaya dia tidak akan masuk syurga akhirat”

Dan syurga itu adalah nikmat kemanisan bertaqarrub dengan Allah.

Dan berkata Ulama’ yang lain “orang miskin adalah ahli dunia yang keluar darinya dan tidak mereka rasai apa yg paling lazat padanya, disoal : apakah yang paling lazat pada dunia? Berkata ; kasih sayang Allah dan mengenali-Nya serta mengingati-Nya.


Bagaimana mencapai cinta Allah


Sesungguhnya ketentuan yang perlu dicapai oleh manusia untuk mencapai cinta Tuhannya adalah dengan menghambakan dirinya semata-mata kerana Allah, merasai kelazatan beribadat pada Tuhannya, serta bersungguh-sungguh bermunajat pada-Nya, dan hatinya mestilah ikhlas dalam beribadat.

Dan yang paling penting adalah menghidupkan malam. Maka seharusnya bagi kita berqiamullail, walau dengan dua rakaat sebelum fajar, untuk mencari keredhaan serta pertolongan-Nya.

Dan jangan kita lupa menjaga Al Quran, mengkhatamkannya sekali paling minimum setiap bulan, dan bertadabbur dengan ayat2 nya, khususnya ketika waktu pagi.. firman Allah yang bermaksud :

“sesungguhnya dirikanlah solat subuh , sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (keistimewaannya)” (Al Isra’:78)


Juga perbanyakkanlah doa, menangis, serta menjaga solat…..dan sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan selalu menziarahi kubur dan orang sakit.

Dan juga, mengikut jalan para solihin dari sahabat, salaf, dan yang selepas mereka, serta sentiasa berdampingan dengan mereka.

Dengan ini, semua kita akan merasa diawasi Allah pada setiap pergerakan kita, diam kita, pertuturan kita, serta perbuatan kita. Juga lidah kita akan sentiasa berzikir pada Nya pada setiap waktu sehinggalah walau tanpa disaksikan hati (secara sedar).



Dan berkata Ibnu Ataa ;

“jangan kamu tinggalkan zikir kerana ketiadaan hadirmu bersama Allah pada zikir itu, kerana kelalaian kamu dari mengingati Allah adalah lebih teruk berbanding kelalaian kamu bersama kamu mengingati Allah, maka boleh jadi Allah akan mengangkatmu dari mengingatinya bersama kelalaian itu kepada mengingatinya dalam kesedaran…..dan apa yang demikian diatas kekuasaan Allah yang maha gagah”


Dan jangan kita lupa berpuasa, kerana apabila lapar seorang hamba itu akan tersusun tubuhnya, melembutkan hatinya, mencurah-curah air matanya, serta mempercepatkan kepada ketaatan anggota kita, dan yang paling penting hidup didunia dengan penuh kemuliaan¹.(ihya’ ulumuddin)

Dan ketahuilah bahawasanya inilah kewajipan yang pertama…Wallahu a3lam….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kewajipan pemuda part 5

KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM..

kewajipan pemuda islam part 4