kewajipan pemuda islam part 4
(3) Kewajipan ketiga : kepada aqal. Sepertimana bahawasanya pemuda muslimin itu dituntut supaya bertaqarrub (mendekati) Allah dan bersungguh pada dirinya dalam mendekati Allah, begitu jugalah dia dituntut supaya mementingkan aqal fikirannya, menghidangkannya dengan pekara yang bermanfaat dan berfaedah. Dari Abi Amamah al-Bahiliy -radhiallahu anhu- berkata : bersabda Rasulullah S.A.W. : kelebihan si alim atas sekalian hamba seperti kelebihan aku atas serendah-rendah orang dalam kalangan kamu, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : sesungguhnya Allah dan malaikatNya serta seluruh penduduk langit dan bumi hatta seekor semut di atas batu dan hatta ikan di lautan akan mendoakan kebaikan buat orang yang alim. Dan dari Muaz berkata : pelajarilah ilmu sesungguhnya dengan mempelajarinya kerana Allah adalah satu kebaikan, manakala mencarinya adalah satu ibadat, mengingatinya adalah tasbih, membahaskan tentangnya adalah satu jihad, dan mengajarkannya kepada siapa yang tidak mengetahuinya a...